Tahun-tahun terakhir dan kematian Richard_Nixon

Pada tahun-tahun terakhirnya, Nixon berjaya memperbaiki penampilan dirinya sedikit dan memperoleh rasa hormat sebagai negarawan tua dalam bidang luar negeri. Para penggantinya, baik Demokrat mahupun Republik, sering berunding padanya. Namun pita-pita rakaman Watergate di kemudian hari menghapuskan seluruh keraguan tentang penglibatan Nixon, baik dalam menghilangkan jejak Watergate mahupun dalam kewangan kempen yang haram serta pengawasan pemerintah yang melanggar hak-hak peribadi warga AS yang merupakan pokok skandalnya.

Pada Julai 2003, Jeb Stuart Magruder menuduh bahawa Nixon sendiri secara peribadi telah memerintahkan pencerobohan Watergate melalui telefon. Sebelumnya, satu-satunya kesalahan yang dituduhkan kepadanya ialah peranannya dalam menutupi pencerobohan itu.

Nixon menulis banyak buku setelah persaraannya dari politik, termasuk sejarah Perang Vietnam dan kenangan peribadinya.

Nixon meninggal pada 22 April 1994, dalam usia 81 kerana komplikasi yang berhubungan dengan serangan lumpuh dan dikebumikan di samping isterinya Pat Nixon di halaman Perpustakaan Presiden Richard Nixon dan tempat kelahirannya di Yorba Linda, California.

Perpustakaan Nixon memuatkan hanya dokumen-dokumen sebelum dan selepas pentadbirannya Nixon kerana surat-surat presidennya telah ditahan sebagai bukti kejahatan. Usaha-usaha Nixon untuk melindungi dokumen-dokumennya dan memperoleh keuntungan pajak darinya merupakan satu tema penting dari peristiwa Watergate. Perpustakaan ini unik sebab didana secara peribadi. Perpustakaan presiden lainnya menerima bantuan dari Arkib Negara.